Jul 15, 2011

sesuatu

Kau tahu sesuatu? Cinta yang kekal abadi didunia dan akhirat, adalah cinta di alam Allah. Dan aku, mahu sentiasa di sisi-Nya, dan tidak mahu melepaska-Nya, sentiasa mendekati-Nya, sentiasa ada untuk-Nya kerana aku jatuh cinta pada-Nya, pada ayat-ayat yang telah disabdakan oleh-Nya, pada suruhan-Nya untuk melindungi diriku. Dan aku juga mencintai pesuruh-Nya, yang diwakilkan kepadaku, walaupun aku tak pernah menatap wajah kekasih-Nya, namun aku menatapnya dalam doaku yang tidak pernah putus, dan aku sentiasa berharap, berada di sisinya, tetapi aku tidak layak, kerana ada yang lebih berhak daripadaku. Namun, aku hanya mampu berdoa, supaya hidup diberkati dan diredhai Allah, dan menunggu setibanya jodohku datang sendiri, dengan izin-Nya. Oleh itu, aku mestilah menyerahkan diriku hanya pada-Nya, pada kata-kata-Nya kerana itu yang terbaik buatku, buat kekasihku, buat keluargaku, buat teman-temanku di alam dunia yang fana ini, juga di alam itu, di Alam-Nya. Kerana yang terbaik untukku ialah mengabdikan diri pada cinta kepada-Nya yang telah menciptaku, yang tahu asal usulku, yang tahu zahir dan batinku, kerana dialah Allah yang Maha penyayang, lagi maha Pengasih, Maha mengetahui setiap perasaan ikhlas yang ada dalam diri.

Bagiku, perubahan itu perlu ada supaya kita, menjadi yang terbaik di sisi-Nya.
Cubalah kau mencumburui orang yang menyayangi-Nya lebih daripada kau, kelak kau dapat merasakan kasih sayang dan rasa cinta yang abadi, kerana aku sendiri telah merasakan betapa nikmat cinta dan kasih sayang terhadap-Nya yang tak pernah melupakanku, yang mencintaiku sentiasa walaupun diriku di alam lain.

Insha-Allah.

Doakan Saya Menjadi Yang Terbaik ^_^
GAMBATE !!

No comments:

Post a Comment