Sep 3, 2015

Tak lepas cut-off point sob sob



 "It is during our darkest moments that we must focus to see the light"

Quotes by Aristotle Onassis. Sekarang musim pelajar-pelajar lepasan A-Level untuk bersiap nak naik kapal terbang, fly pergi UK. Congrats kepada mereka yang memang lepas cut-off point yang ditetapkan oleh JPA. Saya dapat 11 je, tak lepas nak fly pun. Pergilah kehulur kehilir mencari mana-mana IPTA yang memang menerima pelajar A-Level seperti UIA. IPTA lain semuanya memang nak melalui UPU. Sedih rasanya. Apa pun bersyukur, kita masih diberi peluang untuk sambung belajar. Ilmu tu di mana-mana. Tak dapat dekat New Zealand, dekat Malaysia pun boleh.

Hancur harapan mak abah tu iya, tapi lagi hancur kalau harapan mereka nak melihat kita berjaya walau di mana kita berada tak dapat dikecapi. Persoalannya;

(i) Apa panduan mereka yang memang tak lepas cut-off point? 
(ii) Nak belajar mana? 
(iii) Mereka yang di terminatekn pembiayaan oleh pihak penaja macam mana?
(iv) Laku ke A-Level di Malaysia?
(v) English requirement

(i) Panduan mereka yang memang tak lepas cut-off point

Pertamanya, apa status anda dengan pihak penaja. Dah terminate? Atau masih diteruskan dengan syarat? Atau masih dalam penajaan tetapi belajar di dalam negara? Kalau begitu apa next step saya? Tanya semua ini. Penting untuk anda tahu status. Dalam masa yang sama, kalau memang keras hati nak juga fly tu, boleh merayu. Akan tetapi, mula explore dan survey IPTA IPTS yang ada di Malaysia. Bak kata orang melayu, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. But still, merayulah selagi boleh merayu....masa depan pelajar-pelajar cemerlang juga.....

(ii) Nak belajar mana?

1) Explore IPTA

A-Level ni International punya Examination. Kalau ikutkan, memang susahlah nak score (bagi kita) tapi senang kalau memang study 24 jam. Haha. Nak ambil kena fikir dua tiga kali, sebab result A-Level keluar dalam bulan 8 kalau buat exam bulan 6. Waktu result keluar, memang UPU untuk local dah tutup. Makanya, kita kena pergi sendiri Universiti berkenaan untuk apply. Contoh IPTA, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebagainya. Ada rezeki, boleh direct intake. Sebelum tu, check requirement dekat IPTA berkenaan dekat pakcik Google. Selalunya memang tinggi requirement! (Baik kau pergi oversea je! tapi mahal.....sob sob)

Tambahan lagi, kalau memang universiti berkeras tak bagi apply kalau bukan UPU (nama tak ada dalam sistem atau terikat dengan dasar), kau kena cari jalan lain. Cari Emel dekan fakulti masing-masing. Minta nasihat macam mana nak apply. Kalau boleh buat appointment lagi bagus. Atau kau tunggu terpacak depan office dean dari pagi sampai petang bagi dia kesian, mesti dapat jumpa. Hehe.

Senarai Research Universiti (RU) di Malaysia
 - Universiti Malaya
 - Universiti Kebangsaan Malaysia
 - Universiti Teknologi Malaysia
 - Universiti Putra Malaysia
 - Universiti Sains Malaysia

Universiti-universiti ni antara yang terbaik Malaysia. Pelajar-pelajar nak ambil Science Field memang digalakkan, tapi, tempat terhad dan banyak competition. So, choose wisely.

2) Explore IPTS

IPTS ada pro and cons dia. Memang terima A-Level dan kebanyakkan syarat adalah pass. Kalau kau dapat E pun kira lepas beb. Maybe sebab dia business-based. Kau di kira customer. Contoh IPTS, Taylor University, Uniten, UTP dan macam-macam lagi. 

Sebelum apply, cuba tanya mereka yang berpengalaman dalam bidang yang kau minat, contohnya kalau saya, Accounting, cari mereka yang dah berkerja dalam bidang human resources (HR) dekat mana-mana company Accounting. Cuba tanya job market mereka yang graduate IPTS.  Survey dulu ya, kawan-kawan.

3) Explore Financial Aid (Nak jugak oversea mcm saya huhu)

Pejadah Financial Aid ni? Apa yang saya maksudkan ialah, cari mana-mana bantuan yang boleh menaja anda untuk meneruskan pengajian ke luar negara. 

Contoh, 
MARA, JPA, YAYASAN BANK RAKYAT, BAITULMAL, YAYASAN KHAZANAH NASIONAL dan segala jenis yayasan negeri atau mana-mana institusi yang menawarkan bantuan kewangan untuk ke luar negara. 

Pinjaman daripada pihak bank adalah dalam salah satu option, akan tetapi, tanya pada diri anda, berbaloi kah? (Kalau belajar apa salahnya), but, anda yang graduan A-Level selalunya umur dalam 19-20. Anda memerlukan intermediate family yang mempunyai penyata gaji untuk memohon pinjaman. So....anda fikirlah sendiri. 

iii) Mereka yang di terminatekn pembiayaan oleh pihak penaja macam mana?

Hmm. sensitif tau soalan ni. Mereka yang terminate bukanlah orang yang tidak pandai, Kalau ikutkan, yang ditaja adalah pelajar-pelajar cemerlang SPM. 
Jadi, apa yang anda boleh buat adalah sama seperti di atas, explore IPTA IPTS, dan yang paling penting, financial aid untuk anda menyambung pengajian.

Kalau berasal daripada family kaya raya cincin berbillion tak apa, tapi untuk mereka yang hidup biasa-biasa, gaji isi rumah hanya purata dan banyak liabiliti, anda dinasihatkan cepat-cepat apply PTPTN. Dan, silalah belajar bersungguh-sungguh dan tunjukkan bahawa anda lagi bagus daripada mereka yang graduate oversea! HMPH!

(iv) Laku ke A-Level di Malaysia?

Mestilah laku sebab A-Level dikenali oleh semua negara, lagi-lagi UK. Akan tetapi, A-level juga haruslah disahkan oleh pihak MQA. Penting ye kawan-kawan. Seperti UNITEN, mereka memerlukan pengesahan dari pihak pengajian (tempat persediaan pengajian A-Level seperti INTEC Education College). 

Akan tetapi, kalau result anda teruk bagai nak menangis air mata darah, banyak U je memanjang, berkemungkinan anda tidak dapat meneruskan pengajian dalam bidang yang anda minat. Berkemungkinan juga result anda umpama tak laku, dan anda terpaksa menduduki semula peringkat Asasi atau diploma. 

(v) English requirement

Untuk mereka yang ambil A-Level, anda mesti ada english requirement untuk oversea. Contoh, macam IELTS, TOEFL, SAT. Untuk pengetahuan semua, IPTA OR IPTS both ada yang require MUET. Contoh, Uniten menerima IELTS. Akan tetapi, untuk graduate, anda memerlukan MUET. Tambahan pula, MUET adalah english requirement yang ditetapkan oleh pihak KPTM untuk meneruskan pengajian sarjana muda. So, plan awal-awal untuk ambil MUET ye. 

Walau apapun yang berlaku, kita semua percaya ini semua adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin, kalau anda ke negara orang, anda akan tersungkur? (Amboi ayat)
Oleh itu, marilah kita buat yang terbaik, dan doa yang baik-baik demi masa depan kita, dan berkhidmat untuk negara pada masa akan datang. 

Tak semestinya tak belajar oversea itu tak pandai (Ayat sopan) and....all the best kawan-kawan